Rabu, 13 Mei 2020

SOLIDERITI TANAH AIRKU TIDAK TINGGALKAN BN
Oleh. Jopis Anak Lagau
Kuala Lumpur. Hubungan baik antara BN Umno dengan Parti Solideriti Tanah Air Ku (STAR)  kekal utuh hingga kini sebagai rakan baik politik dan tidak pernah menghianati seperti dimuat oleh portal berita baru baru ini, penyokong Umno dan Star Sabah keciwa dengan penyiaran berita dalam portal berkenaan yang langsung tidak merujuk dengan penyokong kedua dua parti berkenaan dalam Sabah dimana STAR antara parti yang berjaya membantu membentuk kerajaan BN Sabah sebelum UPKO berpaling tadah menyokong Warisan PH membentuk kerajaan semula dinegeri Sabah.
Gilbert L. Paulus (Penyokong Kerjasama STAR UMNO) membidas portal berkenaan yang cuba mencetuskan permusuhan antara Umno dan Star dengan menggelarkan PENGKHIANAT yang mustahil dikeluarkan oleh Ketua Umno Sabah Dato' Bung Mokthar Raden menerusi portal berkenaan, sepanjang pengetahuan orang Star dan Umno Sabah tidak pernah ada permusuhan kedua dua parti berkenaan malah sepakat berkerjasama bagi membentuk kerajaan negeri Sabah sebaik BN seri dengan Warisan dan PH 29 kerusi dimana STAR 2 Kerusi Dun Sabah menyokong BN memperolehi 31 Kerusi bagi membentuk kerajaan negeri sebelum UPKO berpaling tadah menyokong Warisan PH katanya.
Sehubungan dengan kenyataan portal terlibat Gilbert L. Paulus mengajak orang orang Sabah menolak berita yang tidak memelihara perpaduan dan permaufakatan orang orang asal Sabah sehingga sanggup cuba memecahbelahkan kerjasama antara Umno dan Star katanya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan