Ahad, 17 Mei 2020

OPERASI BAS SARAWAK TAMBANG MURAH
Oleh. Williem Anak Lagau
Kuching. Pengumuman Menteri Pengangkutan Sarawak Datuk Lee Kim Shin menetapkan tambang bus berhenti henti dengan kadar RM1.00 membuktikan kesungguhan kerajaan negeri membantu rakyat yang terkesan PKP sehingga PKPD dan kini PKPB yang sebilangan kecil telah dibenarkan bekerja mulai 18 Mei 2020, malah langkah tersebut merupakan satu plan yang perlu dicontohi kerajaan negeri agar benar benar membantu rakyat jelata yang tidak memiliki kenderaan sendiri semasa keluar pergi berkerja demi menyara seisi keluarga yang menanti dirumah.
Sebilangan penduduk Sarawak juga berterima kasih dengan pengumuman Menteri Pengangkutan Negeri bumi kenyalang yang disifatkan mereka prigatin terutama dibawah kepimpinan Abang Johari Tun Openg Ketua Menteri Sarawak jelas rakyat jelata yang ditemui.
Sementara itu beberapa warga Sabah yang menghubungi Media Terkini Borneo meminta Sabah juga perlu mencontohi langkah Menteri Pengangkutan Sarawak yang berusaha membantu kos sara hidup rakyat tidak memiliki kenderaan agar menguruskan bus bus berhenti henti Sabah agar menurunkan kadar tambang sepanjang pandemik Covid 19 masih merebak dinegeri berkenaan agar rakyat jelata tidak terlalu terbeban ujar mereka.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan