Jumaat, 15 Mei 2020

KERAJAAN SABAH PERLU BANTU RAKYAT
Oleh. Basron Kirwan
Kuala Lumpur. Kemelut kenaikan Tambang Bus musim PKPB ini tidak wajar berlaku berikutan kerajaan pusat telah menggariskan pelbagai bantuan yang boleh dipohon oleh peniaga peniaga berlesen, serta apa juga perniagaan kecil kecilan agar tidak ada tercicir dari agihan bantuan kerajaan namun timbul pula bebanan para penumpang yang baru keluar menjalankan pelbagai urusan dan kerjaya berikutan dibebankan dengan kenaikan tambang pengusaha Bus bukan sahaja pantai barat Kota Kinabalu malah dilapor seluruh negeri Sabah amnya.
Gerlard Marusam warga Keningau membuat kenyataan ini bagi menyuarakan bebanan yang ditanggong rakyat jelata dengan gaji RM850.00 sebulan malah ada yang renxah dari itu terutama kedai kedai kecil kadar tambang bus pula naik setelah berbulan terhenti kerja, adakah kerajaan negeri Sabah tidak boleh berbincang dengan pihak pihak bank atau agensi berkaitan bagi memberi peluang kepada pengusaha bus mini menangguh atau mengurangkan kos pembayaran bus mereka dengan sedikit bantuan dari kerajaan negeri agar rakyat penumpang tidak tersepit katanya.
Sememangnya penumpang tidak bersuara dalam kes ini memandangkan mereka sekadar menumpang dan jika bising sekalipun pemandu bus boleh meninggalkan mereka namun langkah ini perlu ditangani oleh kerajaan negeri demi membantu penumpang, namun pada tahun lalu sahaja pelbagai aduan oenumpang dari Tuaran, Telipok Ria, Menggatal, Luyang, Inanam dan Bukit Padang berlaku kenaikan Tambang ditulis sendiri pemandu menggunakan nama persatuan sedangkan tidak ada pekeliling dari PKP atau JPJ berhubung kenaikan tersebut dan bagaimana pula kenaikan pada PKPB ini jelas Gerlard Marusam pada kru media terkini.
Isu kenaikan tambang di Sabah wajar ditangani dengan baik oleh kerajaa  negeri sebagaimana kerajaan pusat telah beri pelbagai cara mengurus bantuan para peniaga peniaga kecil di Senananjung Malaysia demi meringankan bebanan rakyat tanpa mengira bangsa dan agama yang penting warga negara asli Malaysia, garapan rakyat adalah dibantu kerajaan yang mentabdir negeri sebaik membentuk kerajaan demi meringankan bebanan rakyat jelata tanpa dibebani kenaikan tambang dimana pergi dan balik jarak dekat kena membayar tambahan RM2.00 manakala Papar KK penumpang kena tambah kos RM10.00 pergi dan balik Gerlard Marusam menjelaskan.
Budi bicara kerajaan negeri Sabah membantu rakyat adalah daya usaha mereka dimana rakyat jelata akan merekod kan bebanan mereka setiap tahun dan segala langkah tindakan kerajaan negeri akan sentiasa diperhati rakyat demi masa depan mereka kearah kebaikan bersama.

NOTA. INI ADALAH SUARA ORANG RAMAI YANG MENCADANGKAN KERAJAAN SABAH MEMBANTU DAN BUKAN KENYATAN AKBAR KAMI.  Editor

Tiada ulasan:

Catat Ulasan