Rabu, 27 Mei 2020

KES COVID 19 TURUN DUA ANGKA HARI INI
Oleh. Basron Kirwan
Kuala Lumpur. Kerjasama semua pihak setakat hari ini telah menurunkan kes pesakit Covid 19 menjadikan rekod diterima hari ini pesakit baharu hanya 15 orang, daripada jumlah tersebut 9 kes penularan tempatan manakala 6 kes merupakan jangkitan dari luar negara sementara 4 kes bukan warganegara Malaysia.
Sehingga kehari ini rekod pesakit Covid 19 direkodkan berjumlah 7,619 orang.
Bagi kes sembuh hari ini direkodkan berjumlah 42 orang manakala jumlah keseluruhan yang sembuh dan dicaj dari hospital sehingga kini berjumlah 6,083 orang.
Bagi kes aktif kebolehjangkitan Covid 19 yang telah diasingkan untuk rawatan hospital direkodkan oleh KKM hari ini berjumlah 1,421 orang dimana 8 kes sedang dirawat di Unit Kawalan Rapi (ICU)  manakala 4 kes memerlukan alat bantuan pernafasan.
Warga Malaysia perlu berwaspada dengan penyakit Covid 19 Seperti pengumuman Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO)  pada 26 Mei 2020 dimana jumlah positif yang dijangkiti seluruh dunia berjumlah 5,559,130 irang manakala jumlah kematian ialah 348,610 orang yang amat membimbangkan jika masyarakat sejagat kurang menitikberatkan pengawalan seperti yang disyorkan setiap kerajaan mewakili negara masing masing.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan