Isnin, 11 Mei 2020

SATU KES KEMATIAN COVID 19 HARI INI
Oleh. Huzera Ben
Kuala Lumpur. Orang ramai perlu menentukan pergerakan harian agar mematuhi jarak berikutan masih berlaku 1 lagi kematian pesakit Covid 19 dalam negara hari ini menjadikan korban penyakit tersebut berjumlah 109 orang sehingga hari ini, dalam jumlah pesakit baru yang dilaporkan hari ini seramai 70 orang disahkan positif menjadikan rekod keseluruhan dijangkiti sehingga kehari ini yang direkodkan berjumlah 6,726 orang seluruh negara sehingga hari ini.
Sungguhpun rekod kesembuhan Covid 19 bertambah baik namun 88 kes pesakit Covid 19 hari ini namun bukan satu jaminan Covid 19 tidak lagi menggerunkan walaupun dilaporkan keseluruhan yang sembuh berjumlah 5,113 orang.
Bagi kes kumulatif kebolehjangkitan Covid 19 yang direkodkan dan telah diasingkan bagi tujuan perubatan berasingan seramai 1,504 orang.
Pesakit yang direkodkan berada dalam Unit Kawalan Rapi berjumlah 20 orang manakala 7 orang dari pesakit tersebut memerlukan alat bantuan pernafasan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan