Jumaat, 29 Mei 2020

MASYARAKAT TERKILAN PERUBAHAN MASA KINI
Oleh. Jasly Dollah
Kuala Lumpur. Minda masyarakat berpengaruh hari ini jauh berubah dimana tidak lagi memiliki daya tapisan baik dan buruknya sesuatu tindakan yang dibuat melainkan kekuasaan dan pengaruh nama dengan kekuasaan mereka sehingga lupa rakyat berjuta menilai termasuklah oesara kerajaan, pesara polus dan pesara tentera setiap hari apa yang mereka umumkan, bayangkan seseorang orang politik meletak jawatan cara rasmi bersurat tiba tiba mahu kembali jawatan tersebut tanpa persetujuan semua ahli parti bukan kah pelik dimata rakyat malah berkeras pula menuntut jawatan nya semula tanpa menyedari telah meletak jawatan secara rasmi membuatkan rakyat Malaysia keliru dengan perjuangan seumpama bagaikan suka hati keluar masuk dalam jawatan parti politik yang disertai.
Selain dari itu antara kebimbangan rakyat Malaysia ialah ada orang yang tahu kes seumpama satu kekilafan masih juga mendokong perbuatan tanpa berfikir rakyat jelata masa kini ada yang lebih tinggi pengetahuan dari segelintir orang politik, ini lah perlu disedari seluruh rakyat Malaysia yang sudah berdaftar sebagai pengundi dalam suruhanjaya pilihan raya agar tidak terkhilaf membuang undi sekali lagi dalam pilihan raya akan datang sama ada parlimen mahupun setiap negeri negeri termasuklah Sarawak dan Sabah supaya tidak terpangkah calon terkhilaf demi kestabilan politik pembanguman dan ekonomi khususnya pertahanan dan keselamatan negara.
Bagi bekas bekas pesara Tentera Malaysia dinasihatkan semua warga Malaysia jangan kerana dorongan aliran politik ada yang cuba meniup nama perjuangan Komunis Malaysia yang terlalu ganas membunuh Polis dan Tentera serta orang ramai tidak berdosa sepanjang perjuangan mereka, pejuang berhaluan kiri serupa juga lah pengganas komunis Malaysia dahulu yang seharusnya diharamkan peniupan semangat mengenang perjuangan mereka serupa juga militan yang tergolong pengganas memerangi setiap negara dimerata dunia tanpa berfikir nyawa orang politik kah atau segenap nyawa rakyat jelata yang tidak berdosa menjadi korban kekejaman militan seperjuangan komunis tegas mereka yang ditemui.
Sama sama lah kita menjaga negara kita agar tidak diselubungi politik putar belit disamping meniup semangat perjuangan komunis mirip militan agar tidak ada rakyat terabai serta menyinggong hati keluarga keturunan mangsa kekejaman komunis khususnya  waris bekas Polis dan bekas Tentera termasuk bekas Tentera dan bekas Polis yang cacat akibat perbuatan pengganas komunis.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan