Ahad, 24 Mei 2020

MEDIA TERKINI DENGAN ORANG KENAMAAN BERPISAH TIADA
Oleh. Williem Anak Lagau
Sabah. Dalam kesibukan akbar ini meneruskan persiaran setiap hari beberapa orang kenamaan sempat mengutuskan Ucapan Hari Raya Maaf Zahir Batin antara pemimpin dengan media masa, tidak dinafikan Media Terkini Online Edisi Sabah mempunyai hubungan baik semua orang politik berdasarkan pengalaman yang ditimba hampir 20 tahun tanpa mengira kefahaman politik didalam negara namun besar kemungkinan ada juga orang politik tidak senang dengan siaran terbuka hasil komentar rakyat jelata.
Kita tidak bermusuh sesiapa juga ahli politik walaupun mereka tidak senang dengan penyiaran kita namun pelbagai lapisan raykat jelata mampu mengadili sikap pemimpin yang berjiwa rakyat apabila mereka menang dalam pilihan raya, ada juga orang politik yang bersungguh sungguh dan berusaha membawa diri menemui rakyat dengan pelbagai misi semua sebagai kepentingan rakyat dalam kawasan yang  hendak diwakili namun sia sia juga jika rakyat pengundi setempat tidak langsung memberi peluang pada mereka menjadi Wakil Rakyat setempat khususnya bagi negeri negeri dalam Malaysia.
Apa yang kru media kongsikan hari ini adalah orang kenamaan yang terus mengingati kami dihari raya aidilfitri tahun 2020 ini, antaranya YAB Dato' Sri Bung Mokthar Raden Ahli Parlimen Kinabatangan merangkap  Pengurusi BN Sabah Serta Ketua Umno Negeri Sabah, Datuk Hajah Jamilah Sulaiman Dan Keluarga, Datuk Haji Yakub Khan Timbalan Ketua Umno Sabah Merangkap Ketua Umno Sepanggar Dan Keluarga, Datuk Jahid Jahem Adun Tamparuli dan keluarga, Datuk Wiliam Mojimbun AMT Parti Bersatu Sabah,  Gundohing Ajis Dyonisius Lobinson Naib 2 Parti Bersatu Sabah N. 18 Inanam.
Bagi Media Terkini tidak ada yang indan melainkan kata kata doa dan dorongan semangat sesama manusia tanpa mengira darjat yang perlu diterap oleh segenap jiwa rakyat betapa irang kenamaan yang berakhlak mulia dan terpuji adalah mereka yang tidak pernah melupakan rakyat jelata walau tidak berjawatan tinggi sepanjang tahun.
Sesungguhnya masyarakat tidak berbeza sama ada rakyat jelata warga Malaysia dengan orang politik seiring jalan jika berhasrat mendapat sokongan disegenap rakyat berdaftar sebagai pemilih agar hasrat dalam perjuangan sentiasa didokong oleh mereka.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan