Sabtu, 23 Mei 2020

Kes Covid 19 Hari ini
Oleh. Jasly Dollah
Kuala Lumpur. Tidak ada kes kematian pesakit Covid 19 dalam negara hari ini malah memperolehi kesembuhan pesakit tersebut seramai 53 orang dengan jumlah kesembuhan keseluruhan sehingga kehari ini berjumlah 5,912 orang.
Malaysia juga mencatat kes pesakit Covid 19 terbaharu berjumlah 48 orang menjadikan kes keseluruhan berjumlah 7,185 orang sehingga hari ini. Daripada 48 kes terbaharu dilaporkan KKM bahawa 4 kes merupakan import jangkitan dari luar negara manakala 44 kes lagi adalah penularan tempatan.
Terdapat 25 kes positif Covid 19 bukan warganegara Malaysia manakala 21 kes pesakut tersebut dikesan didepoh tahanan Imegresen Semenyeh.
Setakat ini kes kebolehjangkitan pesakit Covid 19 yang telah diasingkan untuk rawatan berjumlah 1,158 orang dimana 9 orang sedang dirawat dalam Unit Kawalan Rapi  dan 5 kes pesakit memerlukan alat bantuan pernafasan.
Berhati hati sepanjang sambutan hari raya aidilfitri ini dimana perlu mematuhi arahan kerajaan dalam penjarakan sosial kerap membersih tangan menggunakan topeng hidung dan mulut serta menjauhi orang yang berisiko jangkitan Covid 19.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan