Sabtu, 23 Mei 2020

AKHLAK WANITA SERBA SERBI DINILAI
Oleh. Jusupi Kurdi
Pelbagai isu disuarakan masyarakat hari ini mengapa terlalu ramai menjadi ibu tunggal berpisah dengan sang suami dinegara ini sedangkan masing masing berkerjaya serta memiliki pegangan agama yang serba lengkap disamping berpendidikan yang serba boleh membuatkan ramai yang membuat pelbagai andaian negetif mahupun positif menilai diri golongan terlibat.
Beberapa wargatua yang sempat ditemubual meluahkan beberapa perkara punca punca generasi muda mudi bercerai berai iaitu kurang kesempurnaan pegangan akidah agama sebenar disamping diselubungi hati tak puas dengan apa yang ada dalam hidup bersama menyebabkan perasaan berkecamuk dan tidak memiliki ketenteraman jiwa bersama tambahan pula sentiasa membanding kemewahan orang lain.
Terdapat juga masaalah lain yang boleh dikaitkan dengan punca perceraian generasi masa kini dimana suami terpengaruh dengan kebebasan bersama rakan rakan sehingga lupa anak isteri dirumah malah ada juga isteri yang terikut ikut rakan wanita yang mewah membawa semua barang barang berharga dan hiasan rumah serba mewah maka wujudnya komplik rumahtangga tidak keruan.
Apabila ini terjadi maka datanglah orang digelar 'batu Api' main peranan bercerita menjadi perantara suami isteri berkenaan sehingga pelbagai kata kata nista diluahkan membuatkan kedua pasangan khususnya kaum isteri muda terjebak sampai menuntut perpisahan dan disebabkan racun rumahtangga sudah menular maka kedua pasangan bertindak bercerai tanpa berfikir jangkamasa panjang.
Disuarakan oleh Gilbert Anak Ngeting aktivis masyarakat Simunjan Sarawak

Tiada ulasan:

Catat Ulasan