MASIH ADA RAKYAT MINUM AIR SERUPA INI?
Oleh. Williem Anak Lagau
Kota Kinabalu. Sabah mencapai kemerdekaan sejak tahun 1963 dan mencapai kebanggaan kerajaan silih bertukar ganti sampai tahun 2020, sebaliknya dalam silih bertukar ganti masih ada rakyat mempergunakan air serupa MILO tanpa diberi bantuan kerajaan dalam pengagihan tangki selama 58 tahun tanpa sebarang alasan kukuh.
Amat menyedihkan ada jiran jiran tetangga menerima bantuan tangki sampai 3 hingga 4 biji serumah namun ada yang menyembunyikan tangki terlibat malah ada juga yang tergamak menggunakan tangki air sebagai kumbahan tandas berbanding membahagi jiran mereka yang susah, tidak cukup perangai jiran bersikap kedekut ada juga jiran yang sanggup menutup air paip demi kepentingan peribadi tanpa membantu jiran tetangga susah berbanding memberi air bersih dengan lagak angkuh sombong dan tidak berperikemanusiaan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan