Jumaat, 1 Mei 2020

SATU KEMATIAN COVID 19 HARI INI
Oleh. Basron Kirwan
Kuala Lumpur. Satu kematian pesakit Covid 19 hari ini menjadikan jumlah kematian pesakit keseluruhan 103 orang.
Sejumlah 69 kes baharu menjadikan kes Covid 19 berjumlah 6,071 orang, seramai 12 kes baharu merupakan import manakala 57 merupakan penularan tempatan.
Setakat hari ini kes Covid 19 mempunyai kes kebolehjangkitan 1,758 orang yang telah diasingkan untuk rawatan.
Jumlah pesakit Covid 19 yang sembuh hari ini seramai 39 orang menjadikan jumlah keseluruhan yang sembuh berjumlah 4,210 orang.
Sementara itu seramai 37 pesakit Covid 19 yang sedang dirawat diunit kawalan rapi (ICU) dalam jumlah tersebut seramai 14 orang menggunakan alat bantuan pernafasan.
Dalam konteks seumpama keperluan penjagaan kawalan pergerakan (PKP)  masih diperlukan bagi memutuskan rangkaian penularan penyakit Covid 19 didalam negara, tindakan menghentikan PKP dan PKPD dalam masa terdekat besar kemungkinan boleh mengundang jangkitan yang sukar dikawal seperti negara Jepun yang menjadi penularan diluar jangkaan selepas bertindak menamatkan darurat Covid 19 terlalu awal jelas pemerhati pesara kerajaan dalam negara ini.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan