Selasa, 1 November 2022

PANTAU AHLI BAWAHAN YANG RAMBANG CAKAP 

Oleh. Basron Kirwan

Kuala Lumpur. Pemimpin tertinggi GRS perlu memantau sebilangan ahli bawahan mereka yang main lepas cakap dengan orang ramai tanpa mengetahui siapa didepan mereka yang terguris perasaan tanpa memohon maaf. 

Kejadian tersebut berlaku didalam parlimen Sepanggar yang ada mengaku ahli parti gabungan GRS bercakap angkuh sedangkan pengaruh ahli parti berkenaan tidak seberapa namun cakap umpama semua rakyat jelata suruhan nya kemana mana sahaja yang dia suka. 

Ini didedahkan oleh penduduk kawasan Inanam yang menemui dan melihat gelagat orang terlibat dalam satu pertemuan dipekan tersebut dekat sini hari ini, percakapan orang yang mendakwa ahli parti dalam gabungan rakyat Sabah berkenaan cukup tinggi konon nya dia boleh menyuruh sesiapa juga orang yang diperintahkan.

Dalam konteks ini jika tidak dipantau oleh kepimpinan GRS Parlimen Sepanggar boleh menjejaskan sokongan rakyat dalam pengundian pada 19 November 2022 keatas calon yang bertanding dalam kerusi parlimen Sepanggar dalam rakan atau gabungan GRS setempat. 

Sama sama menghormati warga disekeliling kita setiap masa memandangkan ada juga orang yang kita tidak kenali lebih berjawatan tinggi dalam kerjaya mereka walaupun golongan terlibat selamba merendah diri demi meneliti keperibadian golongan tertentu. 




Nota. Dilarang membuat ulasan berita, mencetak dan memuat turun berita dan memuat iklan niaga didalam akbar ini tanpa kelulusan Pengurus Penyiaran Dan Pengiklanan Media Terkini Kuala Lumpur. Pengarang 


 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan