Selasa, 15 November 2022

CABARAN CALON BERTANDING PANAS 

Oleh. Jopis Anak Lagau 

Sabah. Gerak kempen semua parti politik yang bertanding seluruh 25 kerusi parlimen didalam negeri ini dilaporkan semakin rancak walaupun ramai golongan calon bertanding sekadar bergerak sendiri.  

Kempen parti politik Sabah dijelaskan oleh rakyat jelata bergerak senyap kecuali ditemani para pemimpin dari Semananjung Malaysia baharu lah meriah dipenuhi Media Massa bagi membuat liputan, namun dalam gerak kempen harian mereka hanya jurugambar rombongan mereka yang hadir bagi membuat rakaman tidak dipastikan kemana siaran dipancarkan jelas rakyat kepada Media Terkini hari ini.

Jentera kempen parti parti politik Sabah sehingga hari ini masih seperti langkah pru ke 14 yang lalu dimana sekadar dibanjiri golongan para ahli dan penyokong tertentu parti terlibat, sebaliknya tidak ada konsep perubahan terbanyak dalam jentera kempen setiap parti politik berkempen dan ramai rakyat meramalkan adakah trend keputusan pru ke 14 lalu bakal berulang semula pada pru ke 15 kali ini tegas mereka. 

Ada juga sesetengah calon bertanding dalam pru ke 15 kali ini selamba tidak mengambil tahu kehadiran akbar dalam kempen mereka dengan berpura pura sibuk bersalaman dengan peniaga atau orang ramai yang mereka kunjungi, ini menggambarkan calon terlibat sangat berkeyakinan dengan hujah hujah rombongan mereka boleh menang besar walaupun golongan rakyat yang mereka temui baru bersalaman juga dengan calon calon lawan yang lain ungkap rakyat jelata. 

Apapun selepas malam 19 November 2022 baharu lah calon calon yang sombong dimata rakyat bakal terasa bagaimana di Cantas Keting oleh orang sekeliling mereka yang berlagak pengikut namun muka berada dipihak lawan memberi sokongan undi, jika ianya berlaku terhadap calon ego dan bongkak jangan salahkan rakyat jelata menolak mereka sebaliknya tanya lah kepada rombongan yang banyak kepura puraan memakai baju parti calon dimata mereka namun hati mengundi parti lawan serumpun mereka. 





Nota. Dilarang membuat ulasan berita, mencetak memuat turun berita dan memuat iklan niaga didalam akbar ini tanpa kelulusan Pengurus Penyiaran Dan Pengiklanan Media Terkini Kuala Lumpur. Editor 



 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan