Rabu, 16 November 2022

PARLIMEN SEPANGGAR BELUM ADA SELESA 

Oleh. Norsham Tukirin

Menggatal. Lebih seratus ribu orang pengundi berdaftar kawasan parlimen Sepanggar tahun 2022 yang menjadi rebutan lima calon bertanding Datuk Yakub Khan BN GRS, En. Jumardy Lokman KDM, En. Mustapa Sakmud Pakatan Harapan, Datuk Azis Jamman Parti Warisan Sabah dan En. Yusuf Kunchang Parti  

Pejuang. 

Sehingga hari ini khamis 17 November 2022 masing masing penyokong golongan calon terus meramalkan peluang mereka untuk menang namun jiwa rakyat pengundi amnya luar bandar masih menunggu ketibaan calon menjenguk mereka malah ada calon orang kampung hubungi tidak menjawab panggilan jelas penduduk yang ditemui.  

Rakyat luar bandar yang 
terus menanti kehadiran para calon dikampung mereka membayangkan bukan senang mahu menakluki pangkah undi mereka apabila sejarah pru ke 14 memberi pengajaran besar pangkah undi mereka yang langsung tidak memperolehi sebarang manafaat.

Untuk rekod pengundi Parlinen Sepanggar terbahagi KDM, CINA dan Bumiputera Islam dalam ketegori Dun Inanam, Dun Darau dan Dun Kerambunai masing masing mengharapkan sokongan undi rakyat namun melawat luar bandar hanya pada masa masa tertentu sahaja jelas penduduk luar bandar yang ditemui.

Hanya tinggal 18 November sahaja jentera setiap calon bertanding menemui rakyat maka seluruh rakyat parlimen Sepanggar perlu bijak menilai siapa calon yang boleh dihubungi telipon mereka sememangnya terlalu sukar untuk menilai serta memilih golongan dari mereka. 






Nota. Dilarang membuat ulasan berita, mencetak memuat turun berita, memuat iklan niaga didalam akbar ini tanpa kelulusan  Pengurus Penyiaran dan Pengiklanan Media Terkini Kuala Lumpur. Editor 
 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan