Khamis, 3 November 2022

BROKER PARTI JANGAN SOMBONG 

Oleh. Basron Kirwan

Parlimen Tuaran. Semua calon parti politik dekat sini perlu berhati hati dengan kumpulan BROKER POLITIK yang kerap mendabik dada mempermainkan rakyat sesuka hati mereka bagi mendapat perhatian calon calon bertanding sedangkan rakyat sekadar diperhambakan malah kadangkala dicaci tanpa meneliti siapa didepan mata mereka. 

Kemelut seumpama berlaku dalam trend terbaru hari ini berikutan BROKER POLITIK mendabik dada telah menempah Stesen TV semua rangkaian bagi penyiaran calon calon politik bertanding tanpa mengira kefahaman politik sedangkan golongan terlibat  sekadar duduk dikedai kopi setiap hari.

Broker Politik berkenaan ini juga mendakwa memiliki kuasa bagi menempah semua saluran TV RADIO bagi mengetengahkan semua calon kerajaan serta pembangkang dikerusi parlimen tersebut sungguh angkuh dan bongkak mendepani semua orang.

Dengan pendedahan ini calon calon yang bertanding didalam parlimen Tuaran perlu berhati hati dengan broker berkenaan kelak nanti segenap pengundi enggan memangkah pada 19 November 2022 nanti.




Nota. Dilarang membuat ulasan berita, mencetak  memuat turun berita dan memuat iklan niaga didalam akbar ini tanpa kelulusan Pengurus Penyiaran dan Pengiklanan Media Terkini Kuala Lumpur. Pengarang 

 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan