Jumaat, 18 November 2022

GERAK KEMPEN SEMUA PARTI 

Oleh. Williem Anak Lagau /Norsham Tukirin 

Gerak kempen semua parti yang bertanding dalam pru ke 15 diseluruh negara masing masing ambil bahagian menjalankan kempen antara parti BN GRS dengan parti parti pembangkang Pakatan Harapan UPKO bagi Sabah. 

Semananjung Malaysia BN, 

PEJUANG, PAKATAN HARAPAN,  PERIKATAN NASIONAL dan WARISAN yang melebarkan sayapnya ke Semananjung Malaysia disamping beberapa calon calon parti parti kecil yang juga memerlukan undi segenap lapisan pengundi.

Persaingan menjalankan kempen disaat akhir sangat membutuhkan sokongan rakyat jelata namun para calon mungkin terlepas ingatan betapa pentingnya menemui warga penduduk yang berada ditanah tanah kebun mereka pada siang hari dan santai dirumah sebelah petang dan malamnya. 

Hari ini merupakan kempen terakhir pada tengah malam nanti calon masih dibuai cabaran mampukah menemui segenap pengundi didalam setiap kawasan parlimen mereka?, namun ketua ketua kempen yang dilantik terus membisu terhadap calon walaupun sebilangan dari mereka gagal berjumpa rakyat seperti harapan yang diletak oleh calon bertanding. 

Ini lah yang berlaku jentera kempen setiap kali pilihan raya sasaran ketua ketua kempen diharap calon sekadar melapor tiada masaalah namun sampai masa mengundi ramai calon tewas hilang wang pertaruhan baharu lah sesal rakyat tidak undi mereka. 







Nota. Dilarang membuat ulasan berita, mencetak memuat turun berita dan memuat iklan niaga didalam akbar ini tanpa kelulusan pengurus penyiaran dan pengiklanan Media Terkini Kuala Lumpur. Editor 
 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan