Selasa, 22 November 2022

RAKYAT PERLU BERTENANG 

Oleh. Basron Kirwan 

Istana Negara. Sehingga malam ini 22 November 2022 belum ada petunjuk perlantikan Perdana Menteri Malaysia selepas pilihan raya ke 15 yang lepas. 

Dua Presiden Parti dijemput ke Istana Negara petang ini 
Tan Sri Muhyiddin Mohd. Yassin dan Datuk Seri Dr. Anwar Ibrahim bagi penyelasaian Kerajaan Perpaduan namun kedua duanya tidak mampu bersama membentuk kerajaan tersebut. 
Dalam konteks seumpama semua pihak perlu bertenang menunggu selepas perjumpaan dengan 30 ahli parlimen UMNO BN di Istana Negara esok jam 10.30 pagi 23 November 2022 tanpa membuat hebahan andaian atau ramalan yang tidak berasas dikalangan semua penyokong parti masing masing. 

Tan Sri Muhyiddin  Mohd. Yassin ketika ditanya pemberita mengaku memiliki 116 SD ditanda tangani dan dihantar ke Istana Negara namun tidak mendapat penjelasan khusus dari pihak Istana Negara serta bertegas tidak akan berkerjasama dengan Pakatan Harapan tegasnya.

Sementara Datuk Seri Dr. Anwar Ibrahim dengan jawapan ringkas dihadapan para wartawan dalam dan luar negara menjelaskan Jawatan Perdana Menteri masih kosong dan perlu di isi ujarnya.

Sebarang laporan pemimpin parti politik diluar Istana Negara hanya lah ramalan atau andaian semata mata tanpa sebarang kenyataan dari pihak jurucakap Istana Negara. 





Nota. Dilarang membuat ulasan berita dan mencetak memuat turun berita, memuat iklan niaga didalam akbar ini tanpa kelulusan Pengurus Penyiaran dan Pengiklanan Media Terkini Kuala Lumpur. Editor 


 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan