Oleh. Jopis Anak Lagau
Kuala Lumpur. Umno BN perlu merubah langkah diperingkat setiap bahagian terutama setiap calon parlimen yang tewas dalam pru ke 15 semalam.
Kegagalan calon UMNO BN dibeberapa kawasan diseluruh negara termasuklah Ssbah wajar dijadikan pengajaran kearah memperbaharui jentera petugas sayap diperingkat bahagian jika mahu pengundi dewasa dan muda mudi mahu mengundi mereka.Kegagalan jentera bahagian bagi menukar sayap petugas diperingkat bahagian setiap kali pilihan raya berpenggal penggal menyebabkan majoriti pengundi baharu dan muda berpaling tadah menyokong segenap parti lawan bagi membuat perubahan wakil rakyat dalam kawasan mereka.
Antara pendedahan pemerhati politik yang melihat kekalahan teruk BN UMNO diseluruh negara hari ini termasuklah Sabah yang turut tewas beberapa kerusi UMNO dalam parlimen pru ke 15 kali ini, dan jika perubahan tidak dilakukan bermula sekarang sokongan parti tersebut kian hambar dan mungkin terus menurun dalam pru kali ke 16 akan datang.
Timbalan Presiden Umno Datuk Seri Mohamad Hasan perlu menggalas pembaharuan seluruh jentera sayap gerak kerja umno diperingkat bahagian yang mengalami kekalahan calon parlimen pru ke 15 jika bertekad mahu merampasnya semula pada pru ke 16 kelak.
Untuk rekod Umno hanya mempertahankan 30 kerusi parlimen seluruh negara pada pru ke 15 walaupun ramai pengundi 18 tahun menambah sokongan parti tersebut namun pengundi dilaporkan menghukum jentera sayap PDM yang berpenggal penggal diberi kerja walaupun pengundi pru 14 telah mempamerkan penolakan mereka.
Nota. Dilarang membuat ulasan berita, mencetak memuat turun berita, memuat iklan niaga didalam akbar ini tanpa kelulusan Pengurus Penyiaran dan Pengiklanan Media Terkini Kuala Lumpur. Editor
Tiada ulasan:
Catat Ulasan