Ahad, 6 November 2022

BN PERLU TEMUI RAKYAT JANGAN RASA SELESA 

Oleh. Basron Kirwan 

Bagan Datuk. Amanat Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi Presiden UMNO yang menggesa setiap calon dan jentera parti BN amnya GRS di Sabah mendekati segenap rakyat 

jelata sehingga 18 Nov 2022 perlu dijayakan diseluruh negara, gandingan beliau bersama Datuk Seri Mohamad Hasan Timbalan Presiden UMNO  yang sentiasa bergerak turun padang mendekati semua rakyat harus dijadikan contoh calon yang perlu rakyat dan bukan memilih orang tertentu sahaja untuk ditemui sampai ada yang hilang kepercayaan terhadap calon bertanding. 

Gerak kerja kedua dua calon ini yang sentiasa bersama rakyat disamping sangat rapat dengan setiap akbar berlesen merupakan satu kunci keyakinan rakyat, jauh berbeza dengan sebilangan calon yang bertanding sehingga tidak mengenali sebilangan akbar berlesen walau berada dihadapan mereka  namun melenting bila mendapat sedikit teguran dari pengundi. 

Bagi Sarawak Media Terkini memuji GPS yang aktif disamping sentiasa menemui rakyat serta menghargai kru Media Terkini dibumi Kenyalang atas kerjasama dengan jentera semua calon mereka.

Anehnya segelintir pemimpin tertinggi parti politik Sabah mendakwa tidak kenal dengan akbar Media Terkini walaupun pengurusan duduk didepan mata mereka namun tidak kisah memandangkan parti mereka bakal bertanding juga dalam semua kerusi parlimen yang bakal dinilai oleh rakyat yang bijak pandai memilih pemimpin tidak pilih kasih.






Nota. Dilarang membuat ulasan berita, mencetak memuat turun berita dan memuat iklan niaga didalam akbar ini tanpa kelulusan Pengurus Penyiaran dan Pengiklanan Media Terkini Kuala Lumpur. Editor 
 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan