Jumaat, 25 November 2022

RAKYAT PERLU BELAJAR ERTI KERAJAAN PERPADUAN 

Oleh. Norsham Tukirin 

Kuala Lumpur. Pembentukan kerajaan perpaduan 
perlu dipelajari amnya dihayati oleh segenap lapisan rakyat berbilang kaum termasuklah Sarawak dan Sabah agar tidak mengelirukan warga yang menduduki setiap negeri. 

Tidak ada istilah Kerajaan pimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim masa kini yang dilapor disebarkan oleh penyokong parti kompenen PH sebagai kerajaan Pakatan Harapan diperingkat akar umbi parti mereka, sudah dijelaskan secara rasmi kini Malaysia ditabdir oleh KERAJAAN PERPADUAN untuk semua kaum dan parti politik yang menyertai kerajaan perpaduan masa kini. 

Semua ahli ahli parti politik diperingkat akar umbi harus memahami makna sebenar KERAJAAN PERPADUAN dan bukan nya mengampuh diri terlalu memuji sesebuah parti idola mereka tanpa menghormati parti lain yang sama sama membentuk kerajaan perpaduan bersama PH. 

Untuk rekod KERAJAAN PERPADUAN pimpinan Datuk Seri Dr. Anwar Ibrahim Perdana Menteri ke 10 ditubuh bersama BARISAN NASIONAL, GABUNGAN PARTI SARAWAK, PARTI WARISAN SABAH, PARTI GABUNGAN RAKYAT SABAH secara bersama dan bukan Pakatan Harapan bersendirian seperti penyebaran orang orang bawahan penyokong mereka. 

Kerajaan Sabah diminta memberi nasihat penyebaran isu pembentukan kerajaan perpaduan hanya satu parti PH seperti tersebar dalam watsap group bagi mengelak perbelahan rakyat jelata dalam jangkamasa panjang dengan menerangkan kerajaan perpaduan itu adalah dibina bersama semua parti politik yang menyertai kerajaan tersebut. 





Nota. Dilarang membuat ulasan berita, mencetak memuat turun berita dan memuat iklan niaga didalam akbar ini tanpa kelulusan Pengurus Penyiaran dan Pengiklanan Media Terkini Kuala Lumpur. Editor 

 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan