Ahad, 20 November 2022

KDM DUA KERUSI PARLIMEN? 

Oleh. Gason Dumiri 

Sabah. Parti KDM memiliki dua Ahli Parlimen masa kini sebaik Riduan Rubin menyertai Parti KDM selepas penamaan calon pru ke 15. 

Selain Riduan Rubin turut menang Ahli Parlimen KDM ialah Datuk Wetrom Bahanda di Parlimen Kota Marudu menjadikan KDM dua orang wakil parlimen dari negeri Sabah.

Kru Media Terkini Malaysia gagal mendapat jawapan kemana kedua dua wakil parlimen ini berpihak sama ada Tan Sri Muhyiddin Yassin atau Datuk Seri Anwar Ibrahim bagi menjadi Perdana Menteri ke 10 yang dijadual bila bila masa.

Untuk rekod penyokong Pakatan Harapan di Sabah sudah menyebarkan gambar antara 4 dan 5 orang sahaja ahli parlimen UMNO BN berkumpul bersama Datuk Seri Anwar Ibrahim  hari ini mendakwa bakal dilantik Perdana Menteri ke 10 bila bila masa.

Sementara Tan Sri Muhyidddin Yassin terus mengesahkan mendapat sokongan 18 MP BN 6 MP GRS dan 22 kerusi MP GPS bagi menjadi Perdana Menteri Malaysia yang ke 10.

Apapun situasi pergolakan politik negara rakyat mengharapkan pemilihan Perdana Menteri perlu suara rasmi semua ahli parlimen Malaysia yang banyak agar kerajaan teguh dan stabil sepanjang 5 tahun akan datang. 






Nota. Dilarang membuat ulasan berita, mencetak memuat turun berita, memuat iklan niaga didalam akbar ini tanpa kelulusan Pengurus Penyiaran dan Pengiklanan Media Terkini  Kuala Lumpur. Editor



 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan