Isnin, 21 November 2022

PELBAGAI SEBARAN WATSAP HARUS DIHENTIKAN 

Oleh. Jaitos Dumiri 

Borneo. Sebaran berita tidak benar diwatsap dan laman sosial tidak berasas perlu dihentikan demi memelihara keutuhan keselamatan negara serta keharmonian bermasyarakat. 

Ini diluahkan kelab penaja bekas perajurit Sarawak Sabah sebagai mendedahkan perbuatan penyokong parti politik sanggup menyebarkan berita Perdana Menteri angkat sumpah disamping ada juga ghairah berucap seseorang Perdana Menteri dinamakan tanpa sebarang maklumat dari Istana Negara. 

Sumber pemerhati politik meramalkan ramai ahli parlimen yang telah menyokong SD kepada Perikatan Nasional berbanding Pakatan Harapan namun penyokong PH  terus dengan telaan mereka dilaman sesawang yang mengelirukan.

Sama sama lah rakyat Malaysia menunggu berita sahih dari Istana Negara petang ini tanpa melayan segala tulisan dilaman sosial atau watsap group yang sekadar mengelirukan rakyat negara ini.





Nota. Dilarang membuat ulasan berita, mencetak memuat turun berita dan memuat iklan niaga didalam akbar ini tanpa kelulusan Pengarah Urusan Penyiaran dan Pengiklanan Media Terkini Kuala Lumpur. Editor
 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan