Jumaat, 11 November 2022

PROPAGANDA DILAMAN PERIBADI 

Semua propaganda yang menjatuhkan musuh musuh politik masing masing disebarkan dalam pelbagai laman peribadi masing masing agar tidak mendapat suntingan SIDANG PENGARANG AKBAR DILESENKAN yang ditabdir urus syarikat berdaftar  agar tidak melanggar aktha penerbitan dan penyiaran setiap masa.

Tidak hairan lah terdapat pemimpin parti pembangkang mengelak bertemu dengan akbar berlesen rasa bimbang dengan beberapa dakyah disebarkan tanpa shahih akan ditolak oleh mana mana Ketua Pengarang yang dilantik pihak akbar tertentu.

Diseluruh negara setiap rakyat perlu tahu perundangan yang melanggar aktha penerbitan dan penyiaran tanpa mendapat suntingan terlebih dahulu, atas sebab mendapat suntingan Ketua Pengarang berpengalaman maka segelintir ahli parti politik ambil jalan muda siar dilaman sosial peribadi tanpa sebarang suntingan.

Sejak tahun 1998 akbar ini membuat kajian betapa golongan sebilangan ahli politik mula beralih kepada laman sosial peribadi untuk siaran demi mengelak sebarang suara yang dilemparkan akan disunting sebelum disiarkan.

Tidak hairan lah hari ini politiking lebih suka membuat tuduhan tidak berasas tanpa melaporkan segala bahan bukti yang didakwa kepada pihak berkuasa tempatan  agar segala yang didakwa dapat dibicarakan mengikut perundangan yang sedia ada sepanjang masa. 

Untuk rekod  sebilangan ahli pemimpin parti politik yang menjauhi akbar akbar berlesen memiliki agenda mereka tersendiri, selain dari itu ada juga pemimpin parti politik menganggap syarikat akbar berlesen sebagai pekerja yang boleh mereka perintahkan bila diperlukan.

Semoga dengan peringatan dan pendedahan ini mampu menginsafi golongan pemimpin parti politik yang terlalu ego tidak lagi memerlukan akbar berlesen yang kerap dilaungkan dalam negeri Sabah sedangkan pengaruhnya tidaklah sehebat mana dengan masih perlukan bantuan orang lain dalam perjalanan politiknya.





Nota. Dilarang membuat ulasan berita, mencetak memuat turun berita, memuat iklan niaga didalam akbar ini tanpa kelulusan Pengurus Penyiaran dan Pengiklanan Media Terkini Kuala Lumpur. Pengarang 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan