Oleh. Basron Kirwan
Sabah. Penyokong Umno dan Barisan Nasional Sepanggar perlu memulihkan sokongan rakyat terhadap parti kompenen tersebut berikutan kekalahan pada pru ke 15 lepas.
Ini disuarakan oleh beberapa ahli UMNO yang menemui kru Media Terkini sebagai mengharap kepimpinan bahagian merubah segala jentera kempen yang digunapakai berulangkali pilihan raya namun tewas sahaja ditangan pembangkang akibat ditolak oleh para pengundi setempat ujar mereka.
Pengurusi UMNO bahagian Sepanggar Datuk Haji Yakub Khan merangkap Adun Kerambunai yang dicalonkan diparlimen Sepanggar tewas kepada YB Mustapha Sakmud calon Pakatan Harapan pada pru ke 15 baru baru ini.
Kekalahan BN Parlimen Sepanggar pru ke 15 termasuklah pru ke 14 perlu diambil kira dikalangan jentera kempen yang berkekalan sehingga 3 penggal pilihan raya dimana pru ke 14 tewas pada Warisan dengan jentera kempen orang yang sama jelas aktivis politik tempatan.
Semua pemimpin UMNO BN Sepanggar perlu menyusun jentera mula dari sekarang dengan menukar jentera kempen baharu dan bersih dalam perjuangan politik mereka demi penerimaan segenap lapisan rakyat jelata tegas rakyat Sepanggar.
Nota. Dilarang membuat ulasan berita, mencetak memuat turun berita dan memuat iklan niaga didalam akbar ini tanpa kelulusan Pengurus Penyiaran dan Pengiklanan Media Terkini Kuala Lumpur. Editor
Tiada ulasan:
Catat Ulasan