Oleh. Norafzah Dollah
Kuala Lumpur. Semua pihak perlu sama sama memelihara akhlak generasi muda mudi masa kini yang banyak hanyut dengan pelbagai dugaan khususnya harta benda, wang ringgit dan deretan kereta mewah sehingga terlupa perbedaan agama dikalangan mereka memadu kasih.
Banyak kes kes yang dilaporkan berlaku sebilangan muda mudi masa kini sanggup memperhambakan diri demi mengaut kemewahan dari lelaki yang mendampingi mereka walaupun berbeda agama sudah tidak kisah bagi mereka.
Menurut beberapa pakar adat istiadat yang dihubungi dekat sini mendakwa ramai wanita terpedaya menemani lelaki bukan muhrim demi memburu wang ringgit serta apa juga harta benda walaupun lelaki terbabit beragama lain tegas mereka.
Anehnya ibu bapa wanita terlibat juga sekadar menutup telinga mendengar cakap orang pada anak anak perempuan mereka asal anak menghulur wang setiap kali pulang kerumah orang tua mereka sebaik menemani lelaki yang belum menjadi muhrim mereka.
Kes seumpama perlu diberi perhatian seluruh warga Malaysia termasuklah Sarawak dan Sabah bagi mengekang perbuatan melanggar adat istiadat bersama sama tanpa ikatan suami isteri dan berlainan agama yang sangat menakutkan warga dipelusuk negara sejak beberapa bulan yang lalu ujar penduduk yang keciwa.
Nota. Dilarang membuat ulasan berita, mencetak memuat turun berita, memuat iklan niaga didalam akbar ini tanpa kelulusan Pengurus Penyiaran dan Pengiklanan Media Terkini Harian Kuala Lumpur. Editor
Tiada ulasan:
Catat Ulasan