Sabtu, 12 November 2022

 MAMPUKAH BN GRS TAWAN PARLIMEN PAPAR ?

Oleh. Gifkir Aming 

Papar. Usaha sepakat GRS dan BN menganjurkan pelbagai program dikawasan parlimen Papar terus menarik perhatian rakyat jelata setempat namun terlalu awal membuat ramalan kemampuan GRS BN menawan semula kerusi tersebut ditangan Parti Warisan Sabah. 

Parti Warisan Sabah telah menawan kerusi Parlimen Papar pada pru kali ke 14 yang lepas dan wakil rakyatnya bertahan sehingga hari ini didalam genggaman parti Warisan sebagai parti pembangkang walau menempuh pelbagai cabaran selaku pemimpin pembangkang dalam kawasan tersebut. 

Dalam langkah GRS BN berusaha menawan hati para pengundi parlimen Papar Datuk Seri Panglima Haji Hajijih Haji Mohd. Noor Ketua Menteri Sabah bersama Datuk Jhonny Mositun PPM Limbahau turut segerak langkah menyertai program wanita Papar agar kekuatan wanita meningkat bersama dengan kepimpinan lelaki meraih sokongan pada hari pengundian 19 November 2022 nanti. 

Pengundi parlimen Papar dilaporkan terdiri dari etnik Samah Bajau, Dusun Kadazan, Cina, Brunei dan beberapa etnik lain yang sudah menjadi warganegara Malaysia dan bermastautin dikawasan tersebut sejak sekian lama menurut penduduk yang ditemui kawasan tersebut.

Media Terkini Borneo yang berusaha menjejaki pemimpin BN GRS dikawasan parlimen Papar gagal malah pesanan rengkas juga gagal mendapat jawapan sehingga berita  ini ditulis. 

Siapapun pengundi parlimen Papar pilih semula menjadi Ahli Parlimen mereka pada 19 November 2022 hanya terletak dijari mereka masing masing tanpa sebarang paksaan melibatkan Pakatan Harapan, Warisan, KDM, BN GRS, Pejuang mahupun Bebas semuanya hak pengundi. 

Kerusi Parlimen Papar pru ke 15 ditandingi oleh Datuk Armizan Mohd. Ali GRS, Tuan Haji Ahmad Hassan WARISAN, Nicholas Sylvester @ Berry PEJUANG, Henry Shin Chee On PAKATAN HARAPAN, Robery Chin BEBAS dan Johnny Sitamin BEBAS yang berusaha sama sama berkerja meraih sokongan undi warga parlimen Papar.






Nota. Dilarang membuat ulasan berita, mencetak memuat turun berita, memuat iklan niaga didalam akbar ini tanpa kelulusan pengurus Penyiaran dan Pengiklanan Media Terkini Kuala Lumpur. Editor 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan