Rabu, 9 November 2022

JENTERA KEMPEN PERLU DISIAPKAN 

Oleh. Basron Kirwan 

Kuala Lumpur. Jentera kempen Barisan Nasional dan Gabungan Rakyat Sabah perlu dibekalkan dengan 

hujah hujah politik semasa mendepani pelbagai soalan bounos dari penyokong parti lawan agar mereka mampu kembali menyokong  Barisan Nasional semasa pengundian pad 19 Nov 2022 akan datang. 

Terdapat jentera kempen BN GRS dilaporkan sekitar pekan Telipok pekedai tanya kalau BN memerintah semula harga barang boleh turunkah? satu soalan yang tidak diduga sehingga jentera WANITA BN GRS terhenti berhujah mujurlah orang kanan MT membantu, kerajaan BN telah membantu membayar subsidi beberapa harga barangan supaya tidak naik harga namun ramai pembekal terus naik harga bersama peniaga sejak setahun lalu.

Dalam mendepani situasi serupa, pekedai terlibat sekadar membisu tanpa terkata namun jentera wanita BN GRS yang mendepani pekedai Telipok Sepanggar bertanya tuan kerja mana mampu menjawab soalan pekedai berkenaan namun orang kanan MT meninggalkan mereka akibat banyak tugasan lain.

Jika pembangkang terus memainkan hujah hujah mereka pada rakyat Sabah sedemikian rupa tanpa dapat dijawab golongan jentera BN GRS harapan menawan 25 kerusi parlimen Sabah terlalu sukar apa tak lagi pelbagai dakyah parti lawan berkumandang ditelinga rakyat jelata. 

Kunjungan mengejut rombongan Media Terkini Harian Malaysia ke Telipok tidak disedari calon BN GRS Datuk Yakub Khan yang ditemani Datuk Jhonny Goh mantan wakil rakyat Inanan dan Datuk Jumat Idris Mantan Ahli Parlimen Sepanggar.

Pengarah Urusan Pengiklanan dan Ketua Pengarang Media Terkini Harian Malaysia Arman Karim @ Doriso sempat bersalaman dengan Datuk Jumat Idris sebelum bergerak dengan rombongan melakukan tinjauan tugasan lain.







Nota. Dilarang membuat ulasan berita dan mencetak memuat turun berita amnya memuat iklan niaga didalam akbar ini tanpa kelulusan  Pengurus Penyiaran dan Pengiklanan Media Terkini Kuala Lumpur. Editor 
 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan