Khamis, 3 November 2022

MAMPUKAH WARISAN RAIH SOKONGAN PENGUNDI? 

Oleh. Basron Kirwan 

Kuala Lumpur. Percaturan Parti Warisan Sabah bertanding Kerusi Parlimen Sabah Dan Semananjung Malaysia dilaporkan menguji kekuatan serta sokongan seluruh rakyat berbilang kaum dinegara ini.

Parlimen 170 Tuaran ditonjolkan anak jati KIULU Jo Anna Sue Henly Rampas sebagai calon berdepan dengan calon GRS BN dan Pakatan Harapan UPKPO yang dilaporkan sangat berpengaruh sejak sekian lama.

Parti Warisan Sabah telah meletak calon Parlimen 166 Labuan Datuk Rozman Isli, P109 Kapar Rahman Awang, P070 Kampar Leong Cheok Leng, P.191 Kalabakan Ma'amun Sulaiman P.190 Tawau Chen Ket Chuin, P.189 Semporna Datuk Seri Mohd. Shafie Apdal  P.188 Lahad Datu Datuk Mohammad Yusuf Apdal  P.187 Kinabatangan Mohd. Ismail Ayob.

Turut diletak calon Parlimen P. 186 Sandakan Alex Thien P. 185 Batu Sapi Alias Sani  P. 184 Libaran SH Bokrata SH Hassan P. 183 Beluran Rowiena Rasid P. 182 Pensiangan Siti Noorhasmahwatty Osman P.181 Tenom  Ukim Buandi  P.180 Keningau Rasinin Kautis  P. 179 Ranau Markos Siton  dan P. 178 Sipitang Datuk Adnan Puteh 

Parti Warisan juga meletak calon di P. 177 Beaufort Masri Abdul  P. 176 Kimanis Dr. Daud Yusuf P. 175 Papar Ahmad Hassan  P. 174 Penampang Datuk Darell Leiking, P.173 Putatan Ahmad Mohd. Said P.172 Kota Kinabalu Amanda Yeo  P. 171 Sepanggar Datuk Azis Jamman, P. 170 Tuaran Jo Anna Sue Henly Rampas, P.169 Kota Belud  Isnaraissah Munirah Majilis P. 168 Kota Marudu Datuk Jilid Kumindig dan P. 167 Kudat Rashid  Harun 

Hanya pemimpin Parti Warisan sendiri yang tahu sebenar kekuatan mereka dalam melihat undian seluruh rakyat setiap kali pilihan raya dijalankan dipelusuk negara ini.




Nota. Dilarang membuat Ulasan berita, mencetak memuat turun berita dan memuat iklan niaga didalam akbar ini tanpa kelulusan Pengurus  Penyiaran dan Pengiklanan Media Terkini Kuala Lumpur. Pengarang 

 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan