Ahad, 6 November 2022

 JENTERA CALON 

MULA BERKEMPEN 

Oleh. Jopis Anak Lagau 

Sabah. Perjuangan semua calon calon 
bertanding dalam pru ke 15 sudah mula bergerak menyampaikan ceramah ceramah politik serupa dengan pru ke 14 yang lalu bagi menarik perhatian orang ramai serta memberi 
sokongan terhadap mereka yang bertanding agar mencapai kemenangan dalam pilihan raya menuju Ahli Parlimen. 

Isu yang rakyat persoalkan adalah masaalah yang dijanjikan pada pru 14 lepas lalu masih samar malah selepas pilihan raya semua calon hilang tidak pernah jenguk rakyat sampai menjelang pilihan raya ke 15 ini baru timbul semula menawarkan diri menjadi YB namun rakyat jelata masih ingat janji lalu sampai sekarang. 

Sebanyak 25 kerusi direbut termasuklah 1 kerusi Parlimen Labuan bagi negeri Sabah  menjadi rebutan dikalangan calon calon bertanding dengan masing masing menyampaikan pelbagai amanat janji jika dipilih menjadi wakil parlimen dalam 26 kerusi termasuk Labuan.

Negeri Sabah dikejutkan berikutan tidak ada satu pun calon terpilih dari MCA dan MIC dalam rakan kompenan Barisan Nasional walaupun sudah sekian lama parti tersebut sudah berada dalam negeri ini jelas ahli ahli parti tersebut.

Siapakah parti yang mampu menawan lebih 10 kerusi Parlimen Sabah dalam pengundian 19 November 2022 ini?, masih terlalu awal untuk diketengahkan berikutan sudah 2 hari kempen berjalan namun calon calon hanya ditemui jentera kempen orang tertentu sahaja jelas rakyat Sabah.






Nota. Dilarang membuat ulasan berita, mencetak dan memuat turun berita serta memuat iklan niaga tanpa kelulusan Pengurus Penyiaran dan Pengiklanan Media Terkini Kuala Lumpur. Editor 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan