Selasa, 29 November 2022

SEJAK BILA SEMUA BUS STOP JADI TERMINAL ? 

Oleh. Jopis Anak Lagau 

Sabah. Warga asli negeri ini bertanya pihak berkuasa tempatan sejak bila semua Bus Stop sepanjang jalan menuju ke Kota Kinabalu didaftar sebagai TERMINAL BUS MINI TETAP SETIAP HARI sehingga semua BUS STOP berbaris BUS MINI tanpa memberi ruang BUS BUS MINI LAIN BUKAN SEBANGSA MEREKA mengambil penumpang di Bus Stop terlibat.

Bayangkan lah kesesakan setiap Bus Stop yang dipenuhi BUS MINI setiap hari tanpa ada BUS MINI orang asli Sabah boleh mengambil penumpang disetiap BUS STOP terlibat akibat dihalang serta diancam oleh pemandu BUS MINI yang berbaris berkumpulan ujar orang asli Sabah yang ditemui. 

Semasa rombongan penggambaran kru Media Terkini disepanjang jalan menuju kepusat Bandar Kota Kinabalu, ramai juga pemandu Bus Mini yang berlagak ego merokok duduk di Bus Stop, bertempik marah jika ada Bus Mini Orang Asli Sabah singgah ambil penumpang disetiap Bus Stop sepanjang menuju Kota Kinabalu.

Dalam konteks yang tidak terkawal ini, Kerajaan Negeri Sabah diminta turun padang melawat sepanjang Bus Stop menuju Kota Kinabalu siapa yang meluluskan nya menjadi  TERMINAL TETAP tanpa menghormati pemandu Bus Mini orang asli Sabah yang juga mencari reziki dalam Hasil Bus Mini mereka juga. 







Nota. Dilarang membuat ulasan berita, mencetak memuat turun berita dan memuat iklan  niaga didalam akbar ini tanpa kelulusan Pengurus Penyiaran dan Pengiklanan MEDIA TERKINI HARIAN KUALA LUMPUR. Editor 
 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan