Jumaat, 18 November 2022

RAKYAT PENENTU SARAWAK SABAH 

Oleh. Williem Anak Lagau / Norsham Tukirin 

Masa depan kerajaan

stabil dan berwibawa diperingkat parlimen hanya ditentukan rakyat kedua dua negeri tersebut pada 19 November 2022 dengan keluar mengundi beramai ramai  dan memilih calon calon yang berjiwa rakyat.
Kesilapan rakyat bagi memilih calon berpendirian kepentingan peribadi tanpa mengingati masa depan rakyat dimasa akan datang bukan sahaja merugikan pihak pengundi itu sendiri malah turut menjejaskan ekonomi kedua dua negeri tersebut dalam tempoh 5 tahun akan datang. 

Amanat kempen calon calon GPS Sarawak dan BN GRS Sabah disaat akhir mereka berkempen malam ini bagi mengingatkan seluruh rakyat kedua dua negeri agar memilih calon mereka esok hari, sejumlah 31 kerusi parlimen Sarawak dipertandingkan manakala 26 kerusi parlimen Sabah dan Wilayah Persekutuan Labuan dipertandingkan sebagai pilihan pengundi esok hari.

Untuk rekod UMNO Sabah telah memegang sijil outonomi mereka sendiri tanpa campur tangan UMNO pusat membuatkan BN Sabah mampu membentuk permaufakatan dengan GRS dalam pilihan raya parlimen kali ke 15 ini penuh semangat dan setia kawan walaupun ada sahaja dalang yang berusaha memecahbelahkan permaufakatan mereka. 

Dayausaha para calon yang bertanding membuat kempen akhir sebelum tengah malam ini sungguh menggambarkan kesungguhan mereka membela masa hadapan rakyat jelata dikedua dua negeri tersebut. 

GPS sekurang kurangnya memerlukan 29 kerusi parlimen yang mampu ditawan mereka manakala Sabah dan Labuan perlu menawan sekurang kurangnya 19 kerusi bagi 

memperkasa kekuatan kerajaan BN di Puterajaya sebaik diumum pada malam 19 November 2022. 

Menjelang pagi 19 November 2022 rakyat berdaftar sebagai pemilih bagi Sarawak dan Sabah perlu sepakat memilih GPS DAN BN GRS dikalangan calon calon yang bertanding walau pelbagai dakyah kempen pihak calon dan jentera kempen parti lawan demi membentuk kekuatan kerajaan yang sentiasa bersama rakyat. 

Corak kempen calon calon parti lawan yang ganas, mengugut penjawat awam anti kepada perkauman perlu ditolak rakyat dan memberi undi kepada calon GPS DAN BN GRS semasa keluar mengundi di Sarawak dan Sabah esok hari 19 November 2022.

Untuk makluman sila memakai MASK ATAU PELITUP MUKA dan pencuci tangan beralkohol esok bagi menghindari jangkitan pelbagai virus covid 19 yang ganas dan bertindak pantas meragut nyawa tanpa sebarang simtom atau petanda awal kesan jangkitan, patuhi penjarakan diri semasa berbaris diluar pusat pengundian dan elak bersalaman atau bersentuhan memandangkan setiap hari lebih 3,000 kes covid 19 dilaporkan diseluruh negara masa kini.





Nota. Dilarang membuat ulasan berita, mencetak memuat turun berita memuat iklan niaga didalam akbar ini tanpa kelulusan Pengurus Penyiaran dan Pengiklanan Media Terkini Kuala Lumpur. Editor 

 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan