Ahad, 27 November 2022

KERAJAAN PERPADUAN PERLU KEKALKAN BKM 

Oleh. Basron Kirwan 

Kuala Lumpur. Kerajaan Perpaduan pimpinan Datuk Seri Dr. Anwar Ibrahim Perdana Menteri Malaysia satu kerajaan kerjasama BN, GPS, GRS, BEBAS dan KDM perlu mengekalkan BKM yang diluluskan kerajaan keluarga Malaysia tanpa memilih ibu bapa tunggal yang ada anak sahaja.

Semua suami isteri pendapatan RM1,000 kebawah sebulan walaupun tanpa anak sebagai rakyat Malaysia perlu mereka (kerajaan) bantu seperti kerajaan keluarga Malaysia memandangkan mereka rakyat Malaysia juga terlibat menjalankan tanggongjawab mengundi dalam masa pilihan raya ke 15 lepas. 

Pengumuman pemberian tambahan RM500 kepada Ibu atau Bapa tunggal beranak tanggungan sahaja mulai penghujung tahun 2022 adalah tidak adil bagi rakyat Malaysia warga miskin pendapatan kebawah RM1,000 memandangkan mereka juga terkesan dengan kos sara hidup yang tinggi masa kini tambahan pula jika hanya suami sahaja bekerja tegas rakyat yang ditemui. 

Rakyat menggesa pemimpin BN, GPS dan GRS perlu berani bersuara membela rakyat miskin di Malaysia berpendapatan RM1,000 kebawah terutama Sabah dan Sarawak supaya Perdana Menteri ke 10 tidak menyisihkan rakyat bergaji rendah bagi menerima tambahan BKM RM500 yang diumumkan tersebut.

Kerajaan Perpaduan seharusnya mengambil kira rakyat Malaysia yang berpendapatan rendah agar dimasuk dalam bantuan tambahan RM500 yang diumumkan Perdana Menteri Datuk Seri Dr. Anwar Ibrahim demi mengimbangi keselesaan warga miskin rakyat Malaysia dalam negara ini. 





Nota. Dilarang membuat ulasan berita, mencetak memuat turun berita  dan memuat iklan niaga didalam akbar ini tanpa kelulusan Pengurus Penyiaran dan Pengiklanan Media Terkini Kuala Lumpur. Editor 


 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan