Jumaat, 18 November 2022

SAMPAIKAH SASARAN KEMPEN DISAAT AKHIR? 

Oleh. Norsham Tukirin dan Jopis Anak Lagau 

Berkempen disaat akhir merupakan pilihan setiap calon bertanding dalam pru ke 15 hampir sama dengan trend pru ke 14 yang lalu dengan harapan rakyat selyruh negara mampu menerima visi dan misi kempen terakhir mereka. 

Rakyat jelata juga mengaku 

bukan senang meramal calon calon yang mendapat sokongan penuh pada 19 November 2022 kali ini, namun rakyat perlu bijak menilai siapakah calon calon yang mereka pilih adakah diantara calon calon yang baik hubungan dengan rakyat mahupun calon yang hanya dilihat pada musim pilihan raya sahaja menemui golongan rakyat yang keluar mengundi.  

Para pembaca Media 
Terkini sempat menghantar gambar gambar saat terakhir calon calon berkempen menemui rakyat pengundi mereka di 221 kerusi parlimen diseluruh negara termasuklah Sarawak dan Sabah bagi menanti cabaran esok hari segenap rakyat memilih wakil parlimen mereka, tidak dinafikan ada juga calon calon bertanding parlimen kali ini tidak mesra dengan wakil wakil media penyiaran berlesen bagai terlalu yakin rakyat menyokong mereka di laman sosial namun kata rakyat takut media berlesen bermakna takut juga pada kami rakyat pengundi tegas mereka. 

Rakyat seluruh negara perlu berfikir, esok fikir dan undilah calon yang benar benar mengenali rakyat sepanjang masa dan bukan calon yang hanya datang pada masa bubar parlimen, selepas pilihan raya hilang pula calon calon yang menawarkan diri menjadi calon disetiap kawasan parlimen hilang tanpa dapat dihubungi oleh rakyat jelata dengan penuh sesalan tidak sudahnya.

Sarawak 31 kerusi parlimen dipertandingkan bagi memilih wakil yang bersuara diperingkat parlimen manakala Sabah memiliki 26 kerusi termasuklah wilayah persekutuan Labuan juga membawa suara rakyat keperingkat parlimen untuk duduk semeja dengan semua yang membentuk kerajaan Malaysia pada kali ini sebagai kerajaan kuat berwibawa dan mampu membangun negara serta membela hidup rakyat lebih mempertingkatkan ekonomi mereka sepanjang masa.






Nota. Dilarang membuat ulasan berita, mencetak memuat turun berita, memuat iklan niaga didalam akbar ini tanpa kelulusan Pengurus Penyiaran dan Pengiklanan Media Terkini Kuala Lumpur. Editor 
 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan