Oleh. Jaitos Dumiri
Kota Kinabalu. Berusaha menyuarakan setiap masaalah kemiskinan yang serba dhaif segenap lapisan rakyat jelata jika dipilih menjadi ahli parlimen disamping melonjak pembangunan serta ekonomi kumpulan ahli perniagaan setempat.
Antara visi En. Yusuf Kunchang calon Parti Pejuang Parlimen Sepanggar yang berhadapan dengan calon calon dari BN GRS, PKR, WARISAN dan KDM dalam lima penjuru merangkumi pengundi Melayu, bumiputera bukan Islam serta pengundi Cina lebih 100,000 pengundi masa kini.
Calon calon yang ditentang beliau adalah tokoh politik berpengaruh namun sebagai rakyat jelata Parlimen Sepanggar En. Yusuf Kunchang menggagahi berhadapan dengan tokoh politik berkenaan sebagai menunaikan amanat rakyat setempat membawa suara mereka keparlimen sebaik selesai pilihan raya jelasnya.
Sejurus selesai penamaan calon pada 5 Nov 2022 beliau En. Yusuf Kunchang adalah calon pertama di Sabah berhubung dengan Media Terkini Malaysia berbanding seluruh calon bertanding parlimen Sabah termasuklah calon calon Dun Bugaya.
Mengapa calon calon bertanding dalam 26 kerusi Parlimen dan 1 Kerusi Dun sukar menemui Media berpusat luar negeri Sabah sudah diduga sebelum penamaan calon lagi namun terpulang pada pengundi Sabah memastikan pangkah mereka berpihak siapa.
Nota. Dilarang membuat ulasan berita, mencetak memuat turun berita, memuat iklan niaga didalam akbar ini tanpa kelulusan Pengurus Penyiaran dan Pengiklanan Media Terkini Kuala Lumpur. Pengarang
Tiada ulasan:
Catat Ulasan