Khamis, 24 November 2022

PERDANA MENTERI KE10 ANGKAT SUMPAH 

Oleh. Norsham Tukirin / Basron Kirwan 

Istana Negara. Perdana Menteri ke 10 Datuk Seri Dr. 

Anwar Ibrahim mengangkat sumpah ikrar taat setia sebagai Perdana Menteri KERAJAAN PERPADUAN penggabungan dari beberapa Ahli Parlimen yang menang berbeza fahaman politik dalam seluruh negara. 

Kerajaan Perpaduan merangkumi Barisan Nasional, Parti Pakatan Harapan, GRS Sabah, GPS Sarawak dan masih terbuka mana mana parti yang memenangi kerusi parlimen termasuklah BEBAS
yang memenangi pru kali ke 15 lalu. 

Kerajaan Perpaduan terbentuk sebaik sahaja Barisan Nasional sepakat membentuk kerajaan bersama Pakatan Harapan bersama GRS dan GPS demi memulihkan keselamatan dan keyakinan rakyat terhadap kerajaan yang stabil dalam negara ini. 

Perdana Menteri Malaysia ke 10 juga mahukan kerajaan masa kini disebut sebagai KERAJAAN PERPADUAN bagi menjaga perasaan semua ahli ahli parlimen yang mewakili parti masing masing menubuhkan kerajaan masa kini supaya keamanan serta lonjakan ekonomi dapat dinikmati bersama dalam jangkamasa panjang.

Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang DiPertuan Agong menitahkan seluruh lapisan rakyat agar bersatupadu bagi memberi sokongan terhadap KERAJAAN PERPADUAN pimpinan semua ahli parlimen yang terlibat membentuk kerajaan tersebut dibawah pimpinan Datuk Seri Dr. Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri.








Nota. Dilarang membuat ulasan berita, mencetak memuat turun  berita, memuat iklan niaga didalam akbar ini tanpa kelulusan Pengurus Penyiaran dan Pengiklanan Media Terkini Kuala Lumpur. Editor 
 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan