Oleh. Gason Dumiri
GANDA USAHA RAIH KEMENANGAN
Saranan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob Perdana Menteri Malaysia agar setiap jentera parti politik Barisan Nasional seluruh negara mempertingkatkan usaha meraih sokongan setiap pengundi pada 19 November 2022 akan datang.
Jentera kempen BN PERLU dipertingkatkan disegenap pelusuk bersama rakyat berbilang kaum agar BN memperolehi lebih banyak kerusi parlimen bagi membentuk kerajaan persekutuan pada 19 November 2022 ungkap Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob Perdana Menteri Malaysia.
Isu politik semasa dalam negara Malaysia semakin merunsing berikutan ramai sangat terjun bertanding sebagai calon pilihan raya namun berjumpa rakyat sekadar menabur janji kosong dan minta diundi, kebanyakan parti parti kecil yang bertanding sekadar mencari nasib mahu menjadi wakil rakyat dan wakil parlimen semata mata namun jauh disudut hati tidak pernah membantu rakyat jelata ungkap penduduk yang ditemui.
Untuk rekod dalam tinjauan Media Terkini Harian Malaysia, ramai calon parti politik kecil mengelak ditemui kru akbar ini berkemungkinan tidak bersedia dengan hujah hujah diutarakan sebagai bacaan umum, malah ada yang langsung tidak membalas pesanan rengkas untuk temubual yang dibuat dalam tempoh yang ditetapkan.
Rakyat Malaysia haruslah berfikir memilih satu sahaja parti politik stabil terajui Malaysia dengan kerajaan terbaik selepas pru ke 15 pada 19 November 2022 akan datang.
Nota. Dilarang membuat ulasan berita, mencetak memuat turun berita, memuat iklan niaga didalam akbar ini tanpa kelulusan Pengurus Penyiaran dan Pengiklanan Media Terkini Kuala Lunpur. Editor
Tiada ulasan:
Catat Ulasan