Rabu, 23 November 2022

KERAJAAN PERPADUAN DIRAMAL BAKAL TERBENTUK  

Oleh. Basron Kirwan 

Kuala Lumpur. Nasihat Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang DiPertuan Agong dizahirkan oleh para Ahli Parlimen BN, GPS, GRS bagi turut menyertai kerajaan perpaduan selepas mesyuarat Raja Raja Melayu hari ini. 

Menurut sumber GPS berterusan bersama Perikatan Nasional manakala BN bertegas tidak mahu bersama PN sementara GRS mahu bersama PN satu politik yang sukar menentukan siapa Perdana Menteri yang ke 10. 

Menanti pilihan Perdana Menteri ke 10 terletak dibahu ahli ahli parlimen yang memenangi pru ke 15 pada 19 Nov 2022 lepas walaupun tidak memenuhi kehendak naluri  jiwa rakyat yang mengundi mereka.

Kekuatan GPS yang dilapor masih setia kepada keabsahan PN mendapat pujian seluruh rakyat bukan sahaja di Sarawak malah penyokong BN dan PN seluruh negara.

Rakyat seluruh Malaysia dilaporkan mengharapkan pemilihan Perdana Menteri ke 10 adalah memenuhi kehendak Bumiputera sebagai mempertahankan bangsa Malaysia secara keseluruhan dalam Malaysia melibatkan Sarawak dan Sabah amnya.






Nota. Dilarang membuat ulasan berita, mencetak memuat turun berita dan memuat iklan niaga didalam akbar ini tanpa kelulusan Pengurus Penyiaran dan Pengiklanan Media Terkini Kuala Lumpur. Editor 
 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan