Ahad, 13 November 2022

MASUK PERKARANGAN RUMAH ORANG GUNA ADAB 

Oleh. Tedung Selar 

Orang yang memasuki perkampungan orang lain haruslah mengamalkan peradaban yang kukuh sebagaimana amalan warga Borneo sejak ribuan tahun dahulu dan bukan nya sesuka hati berlegar legar dihalaman rumah orang jika tidak memperolehi izin pemilik rumah. 

Anehnya dalam dunia arus kemodenan ada golongan muda mudi memasuki perkampungan orang sesuka hati bersiar siar keliling rumah serta kebun tanaman orang tanpa kebenaran pemilik rumah dan kebun tanaman hanya kerana menemani rombongan meminang perempuan orang lain. 

Warga borneo jangan pamerkan tingkahlaku biadab semata mata didepan wanita dengan sesuka hati menganggap tanaman dan tanah sekeliling terlibat sebagai milik keluarga teman wanita kerabat golongan terlibat sehingga berlagak mereka boleh sesuka hati meronda kebun orang lain. 

Kisah benar dikongsi pembaca dari Sabah umpama dalam rombongan memikat wanita sesuka hati meronda tanaman orang tanpa meminta keizinan pemilik rumah dan tanaman disamping tidak pernah selidik kejahatan keturunan keluarga wanita berkenaan ujar pembaca MT Sabah hari ini. 

Kru MT dimaklumkan kejadian seumpama berlaku dikalangan sebilangan etnik KDM daerah terpencil parlimen Tuaran dikemuncak bukit perkampungan luar bandar namun pembaca tidak mendedahkan secara terperinci asal usul pelaku pihak terlibat.

Sehubungan dengan pendedahan ini, sesiapa juga memasuki perkampungan orang jangan sesuka hati memasuki tanah kebun buah tanaman orang tanpa meminta izin pihak pemilik rumah dan kebun terlebih dahulu agar tidak mencemar nama baik kaum kdm itu sendiri. 






Nota. Dilarang membuat ulasan berita, mencetak memuat turun berita dan memuat iklan niaga didalam akbar ini tanpa kelulusan Pengurus Penyiaran dan Pengiklanan Media Terkini Kuala Lumpur. Editor 
 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan