Ahad, 13 November 2022

PARLIMEN TUARAN TERUS PANAS 

Oleh. Jopis Anak Lagau 

Kiulu. Kerusi parlimen Tuaran terus panas jadi rebutan enam calon bertanding dengan pelbagai ungkapan bicara kepada seluruh rakyat yang dilawati namun hanya UPKO PH, GRS BN, WARISAN dan PEJUANG yang dilaporkan menjadi tumpuan rakyat memilih undi. 

Kerusi Parlimen Tuaran dipertahankan oleh Datuk Seri Panglima Welfred Madius Tangau dari UPKO PAKATAN HARAPAN, beliau ditentang calon GRS BN Datuk Johniston Bongkuai Adun Kiulu,  Jo-Ann Sue Henly Rampas WARISAN SABAH,  Datuk Noortaip Suhaili @ Sualee  BEBAS, Boby Lewat BEBAS dan Muminin Kalingkong @ Norbinsha calon Parti PEJUANG. 

Parlimen Tuaran memiliki empat kerusi Dun iaitu Dun Dalit (BN UMNO) Dun Sulaman (BERSATU GRS),  Dun Tampaluri (PBS GRS) dan Dun Kiulu (PBS GRS) masing masing memiliki pengundi Kadazan Dusun, Samah Bajau, Cina yang pernah menyokong UPKO masa bersama didalam BN dahulu. 

Siapakah bakal terpilih sebagai Ahli Parlimen Tuaran hanya rakyat jelata setempat sahaja yang mampu memilih kepimpinan terbaik mereka dalam tempoh satu penggal parlimen yang prihatin membantu semua lapisan masyarakat tanpa pilih kasih, tolak pemimpin yang sekadar mahu jawatan dan tidak nampak sebarang bantuan selama mereka menjadi pemimpin parti politik setempat walaupun bertahun tahun sudah menjadi pemimpin politik namun rakyat setempat terus rasa penuh keciwa ungkap penduduk parlimen Tuaran yang ditemui.






Nota. Dilarang membuat ulasan berita , mencetak dan memuat turun  berita  amnya memuat iklan niaga didalam akbar ini tanpa kelulusan Pengurus Penyiaran dan Pengiklanan Media Terkini Kuala Lumpur. Editor 

 
 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan