Sabtu, 12 November 2022

BARANG NAIK TIDAK SERAGAM 

Oleh. Basron Kirwan 

Kuala Lumpur. Asal barang barang naik 
harga sahaja orang pembangkang kata kerajaan BN yang punca nya namun tidak dikaji pasaran global bagaimana dan dalam negara pula siapa yang menguasai perniagaan keseluruhan. 

Antara kenaikan harga tidak seragam ialah, minyak masak plastik RM2.50 yang telah dibayar subsidi kerajaan namun majoriti orang ambil peluang menjualnya antara RM3.00 hingga RM4.00 seplastik mengikut lokasi tempat orang menjual. 

Selain dari itu daging ayam di Semananjung Malaysia kurang dari RM9.70 sekilogram Sarawak dilaporkan RM10.80 sekilogram manakala RM12.50 hingga RM13.40 sekilogram dilaporkan di Sabah sedangkan kerajaan telah membayar semua subsidi sejak setahun lalu. 

Terbaharu dilaporkan dalam Sabah Telor ayam mencecah harga lebih RM17.80 hingga RM21.00 sejumlah 30 biji telor ayam sedangkan kerajaan juga sudah membayar subsidi nya sehingga hari ini namun orang parti pembangkang terus kata kerajaan BN juga salah dijadikan senjata politik terang aktivis masyarakat yang ditemui. 

Ikan Langkunis di Sabah kini dijual RM14.00 sekilogram dilapor beberapa hari lepas dan dalam se ekor anggaran sukat timbang 1.05 kg hingga 2 kg tentunya  anggaran RM21.00 hingga RM28.00 dalam harga se ekor ujar rakyat Sabah. 

Berdasarkan terhadap fakta harga jualan harian ramai rakyat Malaysia tidak bersetuju  kenaikan harga adalah berpunca kegagalan kerajaan sedangkan peniaga sekadar mengatur harga  demi keuntungan setiap hari tanpa bersalah pada rakyat berpendapatan rendah.







Nota. Dilarang membuat ulasan berita amnya memuat turun berita dan mencetak khususnya  memuat iklan niaga didalam akbar  ini tanpa kelulusan Pengurus  Penyiaran  dan Pengiklanan Media Terkini Kuala Lumpur. Editor


 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan