Selasa, 1 November 2022

MEMBISU WALAU DIDEPAN MATA 

Oleh. Koijul Hairul 

Sabah. Isu masaalah pembangunan terabai dalam negeri ini terus terbiar berpuluh tahun berikutan ramai rakyat yang sekadar menonton masaalah berkenaan berbanding menyuarakan kepada pemimpin kerajaan negeri dan persekutuan amnya namun lantang bercakap orang yang mereka musuhi. 

Kebanyakan warga dinegeri ini juga sekadar menonton masaalah didepan mata namun bila terus terbiar terus menyalahkan kerajaan memerintah langsung berpaling tadah kepada parti pembangkang yang menjanjikan sesuatu pada mereka demi mencapai impian menjadi kerajaan sebaik menang dalam pilihan raya. 

Untuk rekod siapapun kerajaan jika sebilangan warga sekadar berdiam diri serta menonton apa juga masaalah terbiar pembangunan didepan mata mereka serupa juga akan terbiar berpuluh tahun akan datang jelas pemerhati orang asli Sabahan.

Golongan warga asli Sabah diminta terus berusaha membuat pendedahan keatas apa juga pembangunan terbengkalai kepada setiap wakil rakyat atau menteri penuh bertanggongjawa dikawasan masing masing.

Amalan duduk berdiam diri disetiap kawasan oleh sebilangan penduduk  negeri ini perlu diubah dengan memerhati setiap kemudahan pembangunan terbiar supaya dapat didedahkan kepada pemimpin dalam kawasan Dun dan Parlimen masing masing sepanjang masa. 





Nota. Dilarang membuat ulasan berita, mencetak memuat turun berita dan memuat iklan niaga didalam akbar ini tanpa kelulusan Pengurus Penyiaran dan Pengiklanan Media Terkini Kuala Lumpur. Pengarang 


 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan