Selasa, 1 November 2022

KEMANA HALATUJU KEDUA PARTI INI? 

Oleh. Jopis Anak Lagau 

Sabah. Barisan Nasional dan Gabungan Rakyat Sabah masih menjadi tanda tanya seluruh rakyat dinegeri ini kemana halatuju Ahli Parlimen mereka berikutan PPBM didalam GRS merupakan parti Tan Sri Muhyiddin Mohd. Yassin Presiden PPBM yang bermusuh dengan BN di Semananjung Malaysia.

Barisan Nasional Sabah boleh kehilangan semua yang ditandingi PPBM jika parti tersebut menang dan berpihak kepada Tan Sri Muhyiddin Mohd. Yassin selepas 19 November 2022 kelak diperingkat pusat. 

Persoalan ini didedahkan oleh beberapa penganalisis politik Sabah sebaik meneliti perbezaan halatuju kepimpinan tertinggi PPBM dan BARISAN NASIONAL diperingkat pusat namun di Sabah BN terima tawaran PPBM dalam GRS berkerjasama pada pilihan raya parlimen ke 15 ujar mereka. 

Ramalan awal BN hanya diberi Kerusi Parlimen Sabah 12 kerusi manakala PPBS serta sekutu GRS mereka 13 kerusi parlimen terus menjadi teka teki arah sokongan pemenang berkenaan, jika 13 kerusi GRS pimpinan PPBM Sabah menang dan terus berpihak kepada PPBM di Semananjung Malaysia sudah pasti BN Sabah sekadar memerhati kedudukan tersebut tanpa dapat berkata. 

Isunya masa kini mampukah BN Sabah memenangi 12 kerusi Parlimen Sabah yang ditandingi mereka serupa juga GRS PPBM yang bertanding 13 kerusi Parlimen mendepani Pakatan Harapan dan Parti Warisan Sabah yang gah berkempen sejak awal tahun ini menurut sumber rakyat Sabah.

Jika ini berlaku BN Malaysia bakal kehilangan semua yang ditandingi Calon GRS dari Parti PPBM Sabah mahupun sekutu mereka, hanya yang kekal bersama BN Pusat adalah kerusi Parlimen Sabah menang ditandingi UMNO, MCA dan PBRS sahaja sebaik diumum pada 19 November 2022 nanti. 

Barisan Nasional Pusat dan Sabah amnya harus meneliti perkara tersebut sebelum penamaan calon pada 5 November 2022 agar mampu bersedia mempertahankan 25 kerusi parlimen Sabah demi mempertahankan kerajaan BN di Putera Jaya selepas menang besar pada 19 November 2022 akan datang. 





Nota. Dilarang membuat ulasan berita, mencetak memuat turun berita dan memuat iklan niaga didalam akbar ini tanpa kelulusan Pengurus Penyiaran dan Pengiklanan Media Terkini Kuala Lumpur. Pengarang 

 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan