Jumaat, 15 September 2023

TIMBANG  BERAT MENGELIRUKAN 

Oleh. Koijul Hairol 

Sabah. Penularan watsap wujud penipuan alat timbang dikalangan pembeli getah kepingan dan kentalan dilapangan penoreh getah menggemparkan diseluruh negeri ini setiap hari sejak beberapa minggu lalu.

Kebanyakan penoreh getah meminta kerajaan menyiasat setiap pembeli getah kepingan serta getah kentelan yang memasuki ladang getah berikutan pelbagai rungutan penjual getah kepingan dan getah kentalan yang timbangan terlalu rendah ujar mereka. 

Selain dari itu, golongan penjual getah kepingan dan getah kentalan yang merasa tidak berpuas hati terhadap sukat timbang para pembeli diladang boleh mengemukakan aduan mereka kepada pihak berkuasa tempatan bagi menentusahkan alat timbang pembeli getah diladang getah dari masa kesemasa.

Sikap menyebarkan kes seumpama didalam watsap group atau laman sesawang persendirian tidak mampu menyelesaikan kemelut  yang dihadapi setiap penjual dan pembeli getah diladang tanpa laporan dibuat secara rasmi. 




Nota. Dilarang membuat ulasan berita, memuat iklan niaga didalam akbar ini tanpa kelulusan pengurus penyiaran dan pengiklanan Media Terkini Harian Kuala Lumpur. Pengarang 
 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan