Sabtu, 30 September 2023

JANGAN PERHAMBAKAN DIRI PADA JUDI 

Oleh. Basron Kirwan 

Kota Kinabalu. Warga negeri Sabah mampu menghentikan kegiatan perjudian gelap jika nekad mahu membenterasnya secara berkekalan. 

Langkah pertama sepakat tidak melangganinya secara kekal dan langkah kedua melaporkan terhadap pihak berkuasa tempatan disamping menghebahkan nya kepada setiap akbar yang dilesenkan. 

Jika seluruh warga Sabah satu hati memboikot meninggalkan judi gelap sehingga satu tahun keatas pasti urusniaganya tidak akan mampu bertahan lebih lama dan berhenti sendiri, semuanya bergantung kepada sokongan atau penolakan warga Sabah sendiri bagi menghentikan perjudian yang sentiasa berlaku didepan mata mereka sejak sekian lama namun sokongan terus meningkat. 

Ini didedahkan oleh sekumpulan anti judi warga Sabah yang menemui Media Terkini dan meminta kisah benar ini didedahkan kepada umum demi kesedaran kepada umum, hanya kesedaran dan keinsafan kepada kes kes seumpama sahaja mampu menghentikan perjudian gelap yang merugikan diri sendiri dan menguntungkan pengusaha perjudian tersebut.

Kru Media Terkini dimaklumkan perjudian gelap dalam Sabah dijalankan cukup tersembunyi dengan didalangi orang orang yang ramai kenalan, wanita gebu cantik serta orang orang yang bijak menyamar sebagai peniaga online, golongan terlibat kerap menyewa petak petak kecil kedai dan ada juga santai dikedai kedai kopi serta lorong depan kedai perniagaan handphone bagi menanti pelanggan mereka setiap hari.




Nota. Dilarang membuat ulasan berita, memuat iklan niaga didalam akbar ini tanpa kelulusan pengurus penyiaran dan pengiklanan Media Terkini Harian Kuala Lumpur. Pengarang 
 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan