Khamis, 28 September 2023

KEKALKAN KEHARMONIAN SEPANJANG MASA 

Oleh. Norsham Haji Tukirin

Kuala Lumpur. Memupuk perpaduan dan silaturrahim bukan hanya semasa di Masjid mahupun Surau sebaliknya sepanjang masa walau dimana sekalipun bersua muka pasti wajib bertegur sapa antara satu

sama lain  agar mencerminkan ianya penuh maufakat  sesama ummah. 

Agama mendidik ummah menjadi masyarakat yang beriman dan prihatin setiap masa namun dilaporkan ada juga ummah yang tidak mengenali sesama ummah diluar Masjid dan Surau apa tak lagi golongan miskin pasti ditinggalkan tanpa sepatah kata.

Setiap ada sambutan keagamaan bagi kita umat Islam pasti kerap diperingatkan jangan memalingkan muka masam sesama hamba Allah swt walau dimana juga berada, namun bayangkan lah jika ini yang terjadi dipertengahan jalan atau dipekan amnya bandaraya sesama kita ada orang mewah berpaling muka berlalu pergi  umpama tanpa mengenali warga miskin jiran tetangganya.

Isu seumpama perlu diperhalusi semua umat Islam walau dimana negara sekalipun bahawa permaufakatan bukan sahaja didalam Masjid dan Surau walau siapa juga kenalan sekeliling, hentikan  lah sikap berpura pura  tidak mengenali kenalan sekeliling  apa tak lagi jiran tetangga diluar Masjid dan Surau jika memartabatkan syiar ajaran Islam keatas generasi kita sepanjang zaman.







Nota. Dilarang membuat ulasan berita, memuat iklan niaga didalam akbar ini tanpa kelulysan
 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan