Selasa, 19 September 2023

KETERESAN BERAS TEMPATAN PERLU BANTUAN ATM? 

Oleh. Koijul Hairol

Kuala Lumpur. Isu kehilangan beras tempatan berharga murah dan bersubsidi  dibeberapa negeri 

termasuklah Sabah perlu kawalan ketat melibatkan Angkatan Tentera DiRaja Malaysia agar beras tersebut tidak diselewengkan oleh pihak  tidak bertanggongjawab demi kepentingan warga asli yang berpendapatan rendah.

Ini disuarakan beberapa ahli persatuan Bekas Perajurit Sabah yang terkesan  kehilangan beras tempatan  murah didalam negara ini apa tak lagi di Sabah yang terlalu sukar meniti kehidupan pendapatan rendah namun perbelanjaan terlalu tinggi ujar mereka. 

Bayangkan lah dalam mencari beras tempatan yang murah  tanpa ditemui sejak awal September yang lepas hanya ATM sahaja mampu mengesan kemana  bersembunyi  semua beras tempatan berkenaan bagi negeri Sabah jelas mereka. 

Menurut beberapa ahli bekas Perajurit Sabah majoriti kedai tidak  meniliki beras tempatan murah namun tidak ada pengumuman kerajaan persekutuan mahupun negeri berhubung kehilangan beras tempatan bersubsidi berkenaan.

Sejajar dengan kepayahan rakyat berpendapatan rendah, adalah perlu ATM dikerah menjalankan siasatan rapi mencari kemana sebenar menghilang semua beras tempatan bersubsidi sehingga rakyat asli Sabah gagal membelinya demi keluarga mereka setiap masa.






Nota. Dilarang membuat ulasan berita dan memuat iklan niaga didalam akbar ini tanpa kelulusan pengurus penyiaran dan pengiklanan akbar Media Terkini Harian Kuala Lumpur. Pengarang

 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan