Isnin, 18 September 2023

PEMANDU TIDAK BERADAB 

Oleh. Basron Kirwan 

Kuala Lumpur. LPKP dan JPJ perlu menggantung permit dan lesen bus mini yang dipandu warga tidak beradab terhadap penduduk asli negeri Sabah semasa di Bus Stop mahupun dalam bus mini mereka. 

Kebanyakan pemandu bus mini muda mudi dalam negeri Sabah bersikap angkuh merokok depan pen

umpang serta bersusun didepan Bus Stop dengan menekan minyak sehingga keluar asap berbau didepan orang ramai tanpa serba salah.

Untuk rekod Bus Stop sepanjang jalan hanya menurunkan penumpang dan tidak boleh berbaris menunggu penumpang sehingga berjam lama nya namun budaya asing dibawa pemandu bus masa kini sudah lain terjadi di bus stop ujar orang asli Sabah penuh kesal. 

Pemandu Bus Mini muda ini dilaporkan hanya takut jika melihat anggota POLIS BERUNIFORM, JPJ DAN LPKP serta ALAM SEKITAR jika mereka memakai pakaian seragam, selain dari itu mereka pemandu bus mini muda  sekadar memberikan asap bus mini mereka disemua perhentian Bus sepanjang jalan tanpa ada sedikitpun perikemanusiaan.

Kru Media Terkini Asia  dimaklumkan pemandu bus mini ini kerap menggunakan loghat orang asing didalam bus mini mereka setiap hari, tidak hairan lah ragam  mereka juga mirip orang asing yang berkerja tenaga buruh didalam negara ini.

Hanya tindakanJPJ DAN POLIS SERTA LPKP boleh memberi kesedaran atau menggantung  pemandu terlibat dari membawa bus mini  tidak berkhemah dikhalayak ramai khusnya Bus Stop tegas mereka.






Nota. Dilarang membuat ulasan berita dan memuat iklan niaga didalam akbar ini tanpa kelulusan Pengurus Penyiaran dan Pengiklanan Media Terkini  Harian Kuala Lumpur. Pengarang
 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan