Sabtu, 30 September 2023

Berita Ringkas 

Oleh. Helary Sukiono

LAMBAKAN DURIAN 

Pengusaha kebun durian sekitar Kalimantan dan Pontianak kini sedang menuai hasil buah durian mereka sepanjang bulan September dan Oktober ini bagi pekebun yang memiliki ladang yang luas. 

Mereka percaya daya usaha mereka selama ini tidak sia sia berikutan kini hanya memetik hasil dari kebun mereka masing masing walaupun tidak seberapa berbanding harga diluar negara.

Pelancong yang bertandang ke Kalimantan dan Pontianak masa kini masih boleh menikmati buah durian pelbagai jenis dikawasan tersebut  mengikut daerah daerah yang memasarkan nya.

KOLAM IKAN TERUS MEMBESAR 

Atas daya usaha dan saranan pihak pemerintah kolam ikan sekitar Kalimantan dan  Pontianak terus meluas dengan inisiatif  warga setempat masing masing. 

Penternakan ikan juga merupakan hasil seruan pemerintah supaya semua warga mereka merebut peluang seumpama sebagai menambah sumber pendapatan mereka didalam masa jangka panjang terutama golongan berpendapatan rendah.

Hasil ikan kolam juga boleh dijual didalam mahupun luar negara sebaik memungut hasil yang  dipelihara selama ini dengan pendapatan yang lumayan  diluar jangka penduduk tempatan.


 MUJUR PIHAK BERKUASA SELAMATKAN 

Pihak berkuasa Kalbar berjaya menyelamatkan anak orang utan yang dipelihara penduduk kampung akibat kurang kemahiran memelihara haiwan berkenaan. 

Anak orang utan berkenaan kurus tinggal tulang berikutan kekurangan zat tubuh badan disebabkan pemakanan tidak seimbang terhadap tubuh haiwan berkenaan.

Dengan adanya tindakan pihak berkuasa tempatan secara pantas anak orang utan terlibat mampu dipelihara dengan lebih baik lagi didalam jangkamasa panjang.





Nota. Dilarang membuat ulasan berita, memuat iklan niaga didalam akbar ini tanpa kelulusan penhurus penyiaran dan pengiklanan media terlini harian Kuala Lumpur. Pengarang

Tiada ulasan:

Catat Ulasan