Sabtu, 9 September 2023

PEMBINAAN RUMAH KAYU DICAMPUR 

Oleh. Jusupi Anak Kurdi  

Kuala Lumpur. Membentuk rumah kayu yang unik dan tahan perlu kemahiran didalam pemilihan dan percampuran kayu sebagai peralatan membuatnya. 

Antaranya ialah kayu terpakai yang tidak digunakan atau kayu yang ditebang khusus untuk pertanian dan sebilangan kayu dibeli dari kilang demi membentuk rumah yang tahan.

Namun ada juga warga masa kini yang memandang rendah keatas orang yang membina rumah kayu walaupun nilai kayu lebih tinggi harganya setiap belian dikilang menjual beruti dan papan. 

Satu kelebihan rumah kayu ialah boleh dibuka dan dipindah dengan cara terbaik berbanding dengan rumah batu yang sukar untuk dipindahkan jika perlu berpindah tapak.

Semua peralatan dari kayu mempunyai kelebihan banyak berbanding dengan rumah konkrit yang terpacak tetap ditapak yang sama selamanya tanpa boleh dibuka dan dipergunakan semula peralatan nya.

Namun naluri manusia tidak sama suka berumah kayu atau berumah konkrit (Batu) masing masing punya kesukaan masing masing, namun memandang rendah terhadap rumah kayu dikalangan mereka yang suka memilih kayu tahan dan cantik walau terpakai dan buangan perlu dihentikan. 



 WANITA BERAGAMA PERLU MENJAGA PAKAIAN 

Oleh. Basron Kirwan

Kuala Lumpur. Wanita boleh sesuka hati berpakaian apapun didalam rumah mereka sendiri mengikut naluri mereka sendiri, namun adalah tidak wajar bagi mereka mempamerkan pakaian menjolok mata ditempat orang ramai apa tak lagi tontonan mata umum.

Ramai wanita masa kini suka mempamerkan tubuh mereka menjadi tontonan dikhalayak orang ramai khususnya dalam negara Malaysia walaupun masing masing berpegang pada agama pilihan masing masing.

Satu perkara wanita sedari adalah naluri dan perasaan hati orang lain yang melihat pemakaian dan gelagat mereka semasa berada ditempat orang ramai, tidak semua orang suka menonton pakaian mereka menjolok mata atau berpakaian seksi apa tak lagi warga dewasa yang berpegang pada agama mereka masing masing.

Ini disuarakan kumpulan warga emas sebagai menyedarkan wanita masa kini yang gemar berpakaian seksi ditempat orang ramai serta apa juga keramaian tanpa mengambil kira perasaan orang lain dikawasan tersebut.




Nota. Dilarang membuat ulasan berita dan memuat iklan niaga didalam akbar ini tanpa kelulusan Pengurus Penyiaran dan Pengiklanan Media Terkini Harian Kuala Lumpur. Pengarang

Tiada ulasan:

Catat Ulasan