Isnin, 18 September 2023

KEMANA PERGI BERAS TEMPATAN MURAH ? 

Oleh. Basron Kirwan 

Kuala Lumpur. Penduduk miskin didalam negara ini menyuarakan persoalan kemana perginya beras tempatan berharga murah dengan subsidi kerajaan sejak beras import meningkat tinggi harganya awal september 2023 lepas.

Beras tempatan yang hilang dipasaran ini sangat membebankan rakyat termiskin yang sekadar mampu membeli beras 5 kilogram RM14.00 seminggu bagi beras tempatan, kini beras import bagi 5 kilogram hanya orang miskin perolehi RM20.00 yang bagi orang miskin mendakwa sangat membebankan kehidupan keluarga mereka.

Dalam konteks ini rakyat miskin seluruh Malaysia termasuk Sarawak dan Sabah meminta kerajaan perpaduan madani mengawal ketat beras tempatan yang ada agar ianya benar benar dikhususkan kepada warga Malaysia berpendapatan rendah sebagai orang miskin ujar mereka.

Apapun harapan orang miskin bermula esok kerajaan madani Malaysia mempertingkatkan kawalan berat tempatan dikhususkan kepada warga Miskin Malaysia agar mereka tidak menempuh kelaparan kelak.




Nota. Dilarang membuat ulasan berita dan memuat iklan niaga didalam akbar ini tanpa kelulusan pengurus penyiaran dan pengiklanan Media Terkini Harian Kuala Lumpur. Pengarang 
 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan